Sepanjang aku menjadi freelance photographer, pelbagai kerenah customer & client yang aku pernak jumpa dan hadapi. Ada customer yang cerewet. Ada customer yang tak berapa kesah. Namun, semua tu aku adalah asam garam dalam perniagaan berbentuk perkhidmatan yang mesti dihadapi. Kerana aku berpegang kepada Customer Is Always Right. Oleh itu, aku akur dgn kehendak dan kemahuan customer.
Tetapi, ada juga client yang pelbagai kerenah. Antara yang aku tak berapa gemar adalah, bila dh buat appointment, tetapi dibatalkan tanpa memberitahu lebih awal. Appointment yang telah disetkan, jika terdapat sebarang perubahan atau pembatalan, apalah salahnya untuk diberitahu awal. Bukan apa, kami sebagai photographer juga manusia. Ada juga temujanji lain atau lain2 hal yang perlu dan bleh dibuat pada masa yang terluang itu.
Harap kepada client2 yang akan datang, apabila dah buat temujanji, harap dapat tunaikan la. Atau jika berlaku sebarang perubahan atau pembatalan temujanji, beritahu awal2. Agar tiada siapa yang rugi.
Jika anda mempunyai sebarang pendapat, pandangan ataupun mempunyai pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama, sila isikan diruangan komen. Harap kita dapat berkongsi informasi berguna.
Untuk Pertanyaan Pakej, Harga dan Tempahan Photographer & Videographer Sila hubungi : Azmeir ZakiTel / SMS : 017-7135 768
